Monday, 28 August 2017

Sayang diri kamu dahulu melebihi orang lain. Namun jangan pula kamu hidup dengan meninggi diri. Ingat, Tuhan memerhati kamu, jangan kamu lupa.

Bersederhana itu Kebahagiaanku.

Ketika kaum selawaku berlumba-lumba untuk menjadi rupawan, sedang diri ini hanya mahu berpenampilan yang sedang-sedang saja. Aku tidak mahu jadi cantik sekiranya cantik itu membinasakanku kelak. Suka untuk aku sampaikan, aku selesa dengan pakaian yang polos dan feminin. Berbaju kurung, memakai blaus dan skirt panjang. Ketika orang-orang memandangku kehairanan, tidak ku hiraukan sama sekali  cara pandangan mereka terhadapku. Aku selesa begini. Biar mereka menganggap aku kolot, selekeh dan tidak tahu bergaya, tetapi aku tahu apa yang aku lakukan, apa yang aku sarungkan di tubuhku. Aku seringkali memesan pada diriku, jangan sesekali mencari lawan, biar orang berbuat yang tidak-tidak pada kita, namun jangan pula membalasnya. Mohon pada Tuhan semoga Tuhan mendengar suaramu.

Syukur itu Bahagia.

Assalamualaikum, Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan dan nyawa sehingga hari ini.

Hidup ini, tidak selalunya indah. Ada kala ribut melanda, kadangkala pula salji yang turun. Pelbagai kerja seharian yang perlu diberes, sudah pasti datang seribu satu macam ujian yang tidak boleh tidak, pasti perlu kita hadapi.

Suramnya hati, positif itu menjadi penawar.

Cara untuk bahagia adalah dengan bersyukur apa adanya pemberian Tuhan kepada kita. Kamu hanya perlu positifkan diri, jangan terlalu mengharap kebahagiaan hadir menerpa dirimu. Pesan pada diri, sentiasa bersabar dengan apa jua yang menimpa. Lalui kehidupan sehari-hari dengan tenang tanpa perlu menserabutkan mindamu. Berdoa kepada Tuhan, minta supaya dicekalkan hatimu, berjalan di bumi Tuhan dengan cara yang sangat sederhana. Usirlah rasa sedihmu. Sayang diri kamu dahulu, kerana kamu begitu berharga.