Monday, 28 August 2017
Bersederhana itu Kebahagiaanku.
Ketika kaum selawaku berlumba-lumba untuk menjadi rupawan, sedang diri ini hanya mahu berpenampilan yang sedang-sedang saja. Aku tidak mahu jadi cantik sekiranya cantik itu membinasakanku kelak. Suka untuk aku sampaikan, aku selesa dengan pakaian yang polos dan feminin. Berbaju kurung, memakai blaus dan skirt panjang. Ketika orang-orang memandangku kehairanan, tidak ku hiraukan sama sekali cara pandangan mereka terhadapku. Aku selesa begini. Biar mereka menganggap aku kolot, selekeh dan tidak tahu bergaya, tetapi aku tahu apa yang aku lakukan, apa yang aku sarungkan di tubuhku. Aku seringkali memesan pada diriku, jangan sesekali mencari lawan, biar orang berbuat yang tidak-tidak pada kita, namun jangan pula membalasnya. Mohon pada Tuhan semoga Tuhan mendengar suaramu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment